Khamis, 15 September 2022

Berbahasa Roh Adalah Kini Sebahagian Doa Biasa Max Lucado


Berbahasa roh adalah sesuatu yang kini dilakukan oleh pastor dan pengarang Max Lucado dalam doa biasanya kepada Tuhan. Lucado berkongsi berita ini dalam suatu temuramah dengan Stetzer ChurchLeaders Podcast, di mana dia membincangkan buku baharunya mengenai Roh Kudus.

"Pada suatu pagi ketika saya berusia 64 tahun, sambil saya sedang berdoa, saya mulai berbahasa roh," Lucado berkongsi dengan hos Ed Stetzer dan Daniel Yang. "Saya tidak berbuat apa-apa yang berbeza, kecuali saya telah membaca petikan di mana rasul Paulus mengatakan, 'Usahakanlah dirimu memperoleh kurnia-kurnia Roh'... Saya berdoa itu setiap pagi selama dua atau tiga minggu. Kemudian pada suatu pagi, pada awal pagi, saya mulai berdoa dalam suatu bahasa syurgawi." 

Max Lucado adalah pastor dan pengajar di Oak Hills Church di San Antonio dan adalah pengarang 145 juta produk yang telah diterbitkan. Buku terbaharunya adalah, "Help Is Here: Finding Fresh Strength and Purpose in the Power of the Holy Spirit."

Berbahasa roh bukanlah kurnia "paling penting" yang pernah diterimanya, tetapi Lucado berkata ianya adalah "kurnia yang penting... Dan ini akan mengejutkan ramai pendengar." Pastor itu berkata bahawa dahulu dia fikir dia telah menerima semua kurnia yang Tuhan ingin berikan kepadanya. Tetapi 1 Korintus 14:1 mengatakan, "Usahakanlah dirimu memperoleh kurnia-kurnia Roh," jadi Lucado berdoa, "Tuhan, adakah kurnia lain yang Engkau inginkan untuk saya?" Setelah mengucapkan doa itu setiap hari untuk beberapa minggu, pada suatu pagi Lucado mulai berdoa dalam suatu "bahasa syurgawi."

"Saya telah dulu diajarkan bahawa bahasa-bahasa itu telah dihentikan, dan saya bukan sebenarnya ingin membangkitkan topik ini supaya ada orang akan menghantar emel kepada saya," katanya. "Saya benar-benar tidak bermaksud begitu." 

Berkenaan bagaimana para pastor harus berusaha mengenali Roh Kudus dan menerima kurnia-kurnia-Nya, Lucado berkata,  "Saya fikir bahawa iman seperti kanak-kanak adalah benar-benar tanah di mana benih-benih Roh Kudus dapat disemaikan dengan paling baik. Suatu iman kanak-kanak yang mengatakan "Apapun yang Engkau ingin berikan kepadaku."

"Sebagai pastor," kata Lucado, "Saya percaya kita boleh terus berkata, 'Tuhan, adakah aku telah menerima segala yang Engkau inginkan bagiku? Aku terbuka. Aku teruja dengan segala yang Engkau telah berikan. Tetapi jika Engkau memiliki suatu lagi kekuatan, suatu kurnia melayani dengan murah hati atau kurnia pengajaran, jika Engkau ingin menguatkan yang ini atau yang itu, aku siap menerimanya.' Jadi saya fikir itulah sikap yang kita perlu miliki."

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Church Leaders bertajuk, " Speaking in Tongues Is Now Part of Max Lucado's Regular Prayer Time" yang ditulis oleh Jessica Lea bertarikh 12 September 2022)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan