Sabtu, 27 Ogos 2022

Bagaimana Detik Kelemahan John Wimber Menjadi Pelajaran Kekuatan Bagi Randy Clark


Randy Clark, pengasas Global Awakening, telah melihat ribuan orang disembuhkan di sekeliling dunia menerusi pelayanannya. 

Tetapi Tuhan telah menggunakan pengasas Vineyard, John Wimber untuk mengajar Clark, yang pada waktu itu menggembalakan sebuah gereja Baptis yang kecil, suatu pelajaran yang akan selamanya mengubah kehidupan dan pelayanannya. Dia bekongsi kisah itu dengan Dr Steve Greene dalam satu episod Greenelines di Charisma Podcast Network.

Wimber, kata Clark, telah menjemputnya ke gereja besar, di mana dia sedang berkhutbah. Wimber memberitahunya untuk "mengikutinya seperti bayang-bayang, dan memerhatikan, dan kemudian selepas kebaktian berakhir, untuk menanya soalan."

Apa yang Clark tidak sedari, katanya, adalah Wimber ingin membimbingnya sebab "dia telah mendengar Tuhan berkata apa yang Dia akan lakukan dalam hidup saya kemudian hari."

Pada malam pertama pelayanan yang dijalankan Wimber, Clark berkata, "Semua orang yang didoakannya sembuh. Pada malam berikutnya, tiada seorangpun yang didoakannya sembuh - tak seorangpun. Saya tak pernah lihat itu berlaku - hanya pada malam itu."

"Jadi pada perjalanan keluar dari kebaktian itu, ke arah biliknya, dia menanya saya adakah saya mempunyai soalan.

"Saya kata, 'Ada.'

"'Biar saya bagi tahu apa soalan yang kamu nak tanya.'

"Saya berkata, 'Ok, beritahu saya.'

"'Kamu nak tahu kenapa semua orang yang saya doakan malam tadi disembuhkan, dan tak ada seorangpun yang saya doakan malam ini disembuhkan. Adakah ini soalanmu?'"

Tentu saja Clark menjawab ya.


"Dan dia memandang saya dan tersenyum," Clark berkata. "Tetapi dia juga berkata, 'Kamu masih belum mengerti, betul tak?' ... Dan kemudian dia berkata, 'Randy, saya tidak punya lebih iman malam tadi berbanding malam ini - ketika semua orang disembuhkan malam tadi, dan tiada orang malam ini. Saya tidak punya lebih dosa dalam hidup saya malam ini berbanding malam tadi.

"Apa yang saya lakukan malam tadi hanyalah menghulurkan tangan saya, dan berkata, 'Marilah, Roh Kudus,' dan hanya memberkati apapun yang Tuhan lakukan," Wimber memberitahu Clark. "Dan itulah yang saya lakukan malam ini. Malam tadi, saya tidak masuk tidur dengan perasaan sayalah hamba Tuhan yang hebat. Dan malam ini, saya tidak akan masuk tidur dengan perasaan saya orang paling gagal dalam Tuhan. Dan esok hari, saya akan bangun dan lakukannya lagi."  

"Itu telah mengubah hidup saya," kata Clark. "Pada detik itu, saya mengerti, urapan penyembuhan yang besar pada Wimber itu semuanya Tuhan. Dan dia hanya seorang manusia yang rendah hati yang rela melakukan dan menyerahkan dirinya. Dan dia berkata, "Saya hanya menghulurkan tangan saya yang gemuk ini dan berkata, 'Marilah, Roh Kudus.' Dan saya berkata, 'Saya boleh lakukan itu.' Saya boleh hulurkan tangan saya dan berkata, 'Marilah, Roh Kudus,' dan cuba memberkati apapun terjadi.

"Itulah detik peralihan bagi saya. Saya telah melihat John Wimber, dan saya mahu menghormatinya sebagai hamba Tuhan, tetapi saya telah terlalu meninggikannya. Saya fikir tiada orang yang boleh menjadi seperti dia. Saya pun tidak boleh menjadi seperti dia. Tetapi pada detik kelemahannya, itulah yang begitu mendorong bagi saya," kata Clark.

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma Magazine bertajuk, "How John Wimber's Moment of Weakness Became Randy Clark's Revelation of Strength" yang ditulis oleh Marti Pieper bertarikh 11 Februari 2021)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan