Jumaat, 13 Januari 2023

Pastor Jack Hayford, Tokoh Cemerlang Pentakosta dan Karismatik Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun


Jack W. Hayford, seorang pengarang, guru siaran radio, dan pastor yang pernah digelar "Tokoh Cemerlang Pentakosta," telah meninggl dunia pada pagi Ahad di rumahnya di Selatan California. Dia berusia 88 tahun.

Pelayanan yang dipimpin Hayford mengumumkan mengenai kematian pastor yang terkemuka itu dalam satu kenyataan online, menyatakan bahawa dia telah makan malam pada hari Sabtu dengan isterinya Valerie, dan telah bercakap dengan salah seorang cucunya pada hari yang sama. "Pada hari ini kita meratapi kehilangannya tetapi merayakan kepulangan seorang pemimpin yang besar dalam kerajaan Allah. Kami tahu bahawa hamba dan penyembah yang setia ini kini sedang mengalami kebaktian penyembahan yang paling agung sekali."

Hayford paling dikenali sebagai "Pastor Jack," telah mengasaskan The Church  on the Way di Van Nuys, California, pada 1969. Semasa tempoh tiga dekadnya sebagai pastor gereja mega karismatik Foursquare Gospel itu, ianya telah dilaporkan telah bertumbuh sehingga lebih 12,000 anggota.

Sebagai seorang yang percaya kepada penyembuhan ilahi, Hayford sering menceritakan bagaimana sebagai seorang bayi, dia telah menderita suatu "penyakit yang mengancam nyawa" dan, sewaktu kanak-kanak mengalami polio - dan bagaimana dia telah disembuhkan berikutan doa-doa dari keluarga dan kawan-kawan. "Dua peristiwa yang luarbiasa ini telah mecetuskan dalam hati Jack suatu kecintaan kepada Tuhan dan menyakinkannya bahawa Roh Kudus hidup dan aktif dalam gereja masa kini," begitu dinyatakan dalam biografi pelayanannya. 

Dalam sebuah artikel 2005, Christianity Today telah merujuk kepada Hayford sebagai "Tokoh Cemerlang Pentakosta dan Karismatik." Steve Strang, penerbit Charisma dan Ministries Today berkata Hayford adalah seorang "negarawan yang hampir tiada tandingannya.... Integritinya dan kedalaman teologinya begitu terkemuka sehingga dia boleh membawa bersama pelbagai golongan." 

(Diterjemahkan daripada artikel Black Christian News bertajuk, "Pastor Jacck Hayford, Called the 'Gold Standard' for Pentacostal and Charismatic Christians, Dies At Age 88" bertarikh 9 Januari 2023)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan