Sabtu, 30 Mei 2020

Francis Chan Mengatakan Dia Tidak Percaya Pada Penyembuhan, Mukjizat Sehinggalah Baru-Baru Ini


Francis Chan telah mengaku tidak percaya pada penyembuhan dan mukjizat sehingga baru-baru ini. 

Chan sedang berucap di persidangan atas talian International Association of Healing Ministries, dengan mengatakan, "Apa yang saya tahu ialah selama bertahun-tahun saya tidak percaya pada penyembuhan, saya tidak percaya pada mukjizat, begitulah saya telah diajar di Sekolah Alkitab."

Dia menambah, "Dengan rendah hati, saya perlu katakan, saya dulunya selalu mempersendakan orang-orang yang berbahasa roh atau bernubuat atau percaya mereka boleh menyembuhkan, walaupun apabila saya secara peribadi membaca Alkitab, saya melihat itu ada." 

Dia menyambung lagi, "Ianya telah mengambil saya bertahun-tahun, untuk jujur, dengan apa yang saya lihat dalam Alkitab dan mulai mencari kurnia-kurnia Roh ini dan saya masih lagi lebih kurang dalam perjalanan itu.

"Itulah sebabnya apabila anda mengundang saya untuk berucap di persidangan penyembuhan ini, saya berfikir, 'Anda tersalah pilih orang.' Saya telah berdoa untuk kurnia-kurnia penyembuhan selama bertahun-tahun dan hanya dalam beberapa bulan yang lepas, saya telah melihat penyembuhan untuk pertama kalinya."

Pada awal 2020, Chan telah bersaksi bahawa dia dan beberapa pemimpin Kristian telah menyembuhkan pelbagai orang di sebuah kampung pedalaman Myanmar. Di antara yang telah disembuhkan adalah seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang pekak. 

Chan telah bersaksi selepas acara penyembuhan yang ajaib itu, "Setiap orang yang saya sentuh telah sembuh. Ok, ini aneh bagi saya. Saya tak pernah mengalami ini dalam masa 52 tahun."

Dia menambah, "Saya sedang bercakap dengan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang pekak. Kami tumpang tangan, dan kanak-kanak perempuan itu mulai menangis dan tersenyum.

"Mereka ini bukan Kristian yang belum pernah pun mendengar mengenai Yesus dan kanak-kanak perempuan itu terkejut. Kami tumpang tangan ke atas adik lelakinya, kami tumpang tangan ke atasnya dan dia mulai mendengar untuk pertama kalinya."

Francis Chan adalah seorang pengarang buku yang terkenal, dan dulunya pastor senior sebuah gereja megachurch California, Cornerstone Community Church. Dia telah berundur daripada peranan itu pada 2010 setelah mengatakan saiz yang amat besar gereja itu telah membuatnya merasakan seperti seorang "pastor selebriti" dan bahawa dia merasakan sudah tiba waktu untuk perjalanan yang lain untuk dirinya. 

International Healing Conference itu telah diadakan dari 20-23 Mei. Ianya asalnya dirancang untuk diadakan di Porto, Portugal, tetapi dengan sekatan-sekatan koronavirus yang dikenakan di seluruh Eropah dan  negara-negara Barat, persidangan itu telah diatur semula sebagai persidangan di alam maya. 

(Diterjemahkan daripada artikel Christian Today bertajuk, "Francis Chan Did Not Believe In Miracles & Healings, Ridiculed Prophecies & Speaking In Tongues" bertarikh 25 Mei 2020)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan