Selasa, 24 Mac 2020

9 Kurnia Roh Kudus


"Ada yang diberi kurnia oleh Roh Kudus untuk berbicara dengan penuh hikmah, dan ada pula yang dikurniai Roh Kudus untuk berbicara tentang pengetahuan. Ada juga yang dikurniai dengan keteguhan iman, ada yang diberi kurnia kebolehan untuk menyembuhkan orang sakit daripada Roh yang sama. Kepada yang lain diberi kurnia untuk mengerjakan mukjizat, ada yang diberi kebolehan bernubuat dan menyampaikan perkhabaran daripada Allah. Juga ada mereka yang dikurniai kebolehan untuk membezakan roh-roh. Ada juga mereka yang diberi kurnia untuk bertutur dalam pelbagai lidah, dan ada pula yang diberi kurnia untuk mentafsirkan lidah-lidah itu." (1 Kor 12:8-10, AVB)

Tiga Kategori Kurnia-Kurnia

Cara yang paling mudah untuk mengisahkan 9 kurnia ini adalah tiga daripadanya mengucapkan sesuatu, tiga daripadanya melakukan sesuatu, dan tiga daripadanya menunjukkan sesuatu. 

Tiga kurnia yang mengucapkan sesuatu adalah kurnia-kurnia pengungkapan. Kurnia-kurnia itu adalah nubuatan, bahasa roh dan tafsiran bahasa roh.

Tiga kurnia yang melakukan sesuatu adalah kurnia-kurnia kuasa. Kurnia-kurnia itu adalah kurnia iman, pengerjaan mukjizat, dan penyembuhan.

Tiga kurnia yang menunjukkan sesuatu adalah kurnia-kurnia pernyataan. Kurnia-kurnia itu adalah kata hikmat, kata pengetahuan, dan membezakan roh.


Kurnia-Kurnia Pernyataan

1 - Kata Hikmat:
Suatu pernyataan luar biasa, atau pengertian mengenai kehendak dan tujuan Ilahi, seringkali diberikan oleh Roh Kudus untuk menyelesaikan masalah dan situasi yang membingungkan.

2 - Kata Pengetahuan:
Kata Pengetahuan adalah suatu pernyataan luar biasa pengetahuan dan pengertian Ilahi mengenai akal, kehendak atau rancangan Ilahi, untuk mengetahui sesuatu yang tidak dapat diketahui secara sendiri.

3 - Membezakan Roh:
Ini adalah suatu pernyataan luar biasa, atau pengertian ke dalam alam roh untuk mengesan kehadiran dan rancangan mereka.

Kurnia-Kurnia Pengungkapan

4 - Nubuatan:
Nubuatan adalah pengucapan luar biasa dalam bahasa asal. Ianya adalah keajaiban pengungkapan Ilahi, bukan dicetuskan dari pemikiran atau pemahaman manusia. Ianya termasuk berkata-kata kepada manusia untuk tujuan membina, mendorong dan dan menguatkan.

5 - Bahasa Roh:
Pengucapan luar biasa dalam bahasa-bahasa lain yang tidak diketahui oleh pengucapnya.

6 - Tafsiran Bahasa Roh:
Keupayaan luar biasa untuk mentafsir ke dalam bahasa asal apa yang telah diucapkan dalam bahasa-bahasa lain yang tidak diketahui oleh seseorang yang mentafsir menerusi Roh Kudus.

Kurnia-Kurnia Kuasa

7 - Kurnia Iman
Ini adalah suatu keupayaan untuk mempercayai Tuhan tanpa keraguan, ketidakpercayaan dan pemahaman manusia.

8 - Kurnia Penyembuhan
Penyembuhan segala jenis penyakit dengan kuasa luar biasa, tanpa bantuan manusia atau perubatan.

9. Pengerjaan Mukjizat
Adalah kuasa luar biasa untuk campur tangan ke atas perjalanan alam semulajadi yang biasa, atau untuk bertindak balas terhadap hukum-hukum alam sekiranya perlu.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel buku Concerning Spiritual Gifts bertajuk, "The Gifts of The Spirit" yang ditulis oleh Kenneth E. Hagin dan daripada artikel Trusting In Jesus bertajuk, "The Nine Gifts of the Holy Spirit" yang ditulis oleh Samuel Mills)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan