Memaparkan catatan dengan label Pentakostalisme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pentakostalisme. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mac 2020

Bagaimana John MacArthur Salah Mengenai Kurnia-Kurnia Roh Kudus


Dalam buku terbarunya, Strange Fire, John MacArthur dengan ganas melabelkan gerakan Pentakosta/Karismatik sebagai "gereja palsu yang sama bahayanya dengan mana-mana bidaah atau ajaran sesat yang pernah menyerang Kekristianan."

Sambil saya membaca dan membaca semula polemiknya, satu perkara yang menjadi jelas adalah seluruh pandangan teologia MacArthur dipimpin dan ditentukan oleh komitmennya kepada doktrin Calvinis mengenai pemberhentian (cessationism), iaitu kepercayaan bahawa kurnia-kurnia ajaib Roh Kudus telah ditarik balik daripada gereja selepas kematian rasul-rasul asal Kristus. Namun begitu, ini adalah doktrin palsu yang tidak dapat disokong oleh samada Firman Allah mahupun sejarah gereja.

Ahad, 15 Mac 2020

Apakah Baptisan Roh Kudus? - John Piper


Pastor John Piper menjawab soalan daripada seorang pendengar siaran podcast:

"Hello Pastor John, bolehkah anda jelaskan apakah yang dimaksudkan oleh Alkitab mengenai 'baptisan Roh Kudus' berkaitan dengan (1) pengalaman keselamatan kita yang mula-mula, dan kemudian (2) samada kita harus menjangkakan atau mencari baptisan Roh selepas itu dalam hidup Kristian?" 

Jumaat, 13 Mac 2020

Asal-Usul Gerakan Pentakosta Abad Ke-20


Asal-Usul Gerakan Pentakosta Abad Ke-20

Charles F. Parham

Charles F. Parham

Golongan "Pentakosta" pertama pada zaman modern muncul pada 1901 di kota Topeka, Kansas di sebuah Sekolah Alkitab yang dikendalikan oleh Charles Fox Parham, seorang guru aliran Holiness dan bekas pastor Methodist. Pada Januari 1901, Parham telah menyuruh pelajar-pelajar di Sekolah Alkitab itu mengkaji Alkitab demi mencari bukti alkitabiah berkenaan menerima baptisan Roh Kudus.