Contohnya, jika kita memanggil seekor anjng sebagai kucing, orang akan katakan kita keliru. Kurnia kata pengetahuan bukan kurnia pengetahuan, dan kurnia kata hikmat bukan kurnia hikmat, sepertinya anjing bukanlah kucing.
![]() |
"Kata pengetahuan adalah pernyataan secara luar biasa sesuatu fakta mengenai seseorang atau sesuatu situasi, yang tidak diketahui melalui usaha biasa pemikiran manusia, tetapi adalah secebis pengetahuan yang diberikan secara sukarela oleh Allah, menyatakan kebenaran yang Roh Kudus ingin sampaikan mengenai seseorang atau situasi tertentu" - John Wimber
![]() |
Yohanes di Pulau Patmos |
"Mari, pergilah ke jalan yang bernama Jalan Lurus, dan carilah di rumah Yudas seorang dari Tarsus yang bernama Saulus. Ia sekarang berdoa, dan dalam suatu penglihatan ia melihat, bahwa seorang yang bernama Ananias masuk ke dalam dan menumpangkan tangannya ke atasnya, supaya ia dapat melihat lagi." (KPR 9:11-12)
Ananias tidak mungkin tahu dalam keadaannya yang biasa bahawa dalam sebuah rumah tertentu di jalan yang tertentu seorang lelaki bernama Saulus sedang berdoa pada saat itu juga. Ananias tidak mungkin tahu bahawa Saulus telah mendapat penglihatan di mana dia telah melihat seorang lelaki bernama Ananias datang ke rumah itu dan menumpangkan tangannya ke atasnya agar dia menerima kesembuhan matanya. Ananias tidak mungkin tahu dengan cara lain melainkan melalui pernyataan luar biasa. Dia mengetahuinya melalui kata pengetahuan.
Kata Pengetahuan Datang Menerusi Yesus
Kadangkala kata pengetahuan boleh datang menerusi pernyataan dalaman. Ketika Yesus berurusan dengan wanita di sebuah sumur di Samaria, Dia telah menggunakan kata pengetahuan untuk menyakinkan wanita itu, seorang yang berdosa, tentang keperluannya untuk seorang Juruselamat (Yohanes 4).
![]() |
Yesus dan Wanita Samaria |
Yesus berkata, "Air yang akan Kuberikan kepadanya, akan menjadi mata air di dalam dirinya, yang terus-menerus memancar sampai kepada hidup yang kekal."
Wanita itu inginkan air itu. Yesus memberitahunya untuk mendapatkan suaminya. Apabila wanita itu menjawab bahawa dia tidak mempunyai suami, Dia berkata, "Tepat katamu, bahwa engkau tidak mempunyai suami, sebab engkau sudah mempunyai lima suami dan yang ada sekarang padamu, bukanlah suamimu." Yesus mengetahui ini melalui pernyataan dalaman - suatu perkataan pengetahuan - dan menggunakan kurnia ini untuk menunjukkan wanita itu ke arah keselamatan.
Kata pengetahuan boleh terjadi dalam pelbagai cara. Ianya boleh terjadi melalui bahasa roh dan tafsirannya, melalui kurnia nubuatan, atau malaikat datang untuk menyampaikan suatu kata pengetahuan. Allah mempunyai banyak cara untuk melakukan sesuatu. Seringkali kurnia-kurnia itu berfungsi bersama-sama - kita cuma pisahkan mereka untuk tujuan mendefinasikan mereka.
Manifestasi kata pengetahuan ini dari Roh Kudus bukan hanya untuk waktu silam; ianya juga adalah untuk masa kini.
Kata Pengetahuan Untuk Masa Kini
Seorang saudara seiman yang dipenuhi Roh Kudus dari Gereja Baptis, yang adalah presiden kumpulan Full Gospel Business Men's Fellowship di kawasannya, pernah suatu kali memberitahu saya mengenai pengalamannya. Dia berkata, "Saya sedang memandu melepasi sebuah gereja Roman Katolik yang besar, dan sesuatu seperti memberitahu saya untuk berhenti. Jadi saya membelok masuk ke tempat parkir gereja itu, berhenti, dan duduk di situ dan berdoa sekejap."
"Sesuatu seperti memberitahu saya bahawa paderi sedang berdoa di pejabatnya dan bahawa saya harus masuk, menumpangkan tangan ke atasnya, dan dia akan dipenuhi dengan Roh Kudus. Saya teragak-agak. Saya tidak mahu kelihatan bodoh. Saya duduk di situ dan berdoa lebih lama sedikit. Kemudiannya saya buat keputusan bahawa tiada salahnya juga untuk cuma masuk dan tengok samada saya dapat menjumpai paderi itu, dan tengok samada Tuhan sedang benar-benar memimpin saya."
Ahli perniagaan ini memasuki ke dalam gereja dan mengetuk di pintu pejabat paderi. Dia mendengar suatu suara yang menjemputnya masuk dan dia membuka pintu untuk melihat seorang paderi sedang duduk di mejanya dengan beberapa buku yang terbuka di hadapannya. Sambil dia memasuki bilik itu, paderi itu bangkit dan mengucapkan salam kepadanya, dan mereka saling memperkenalkan diri.
![]() |
Paderi dan ahli perniagaan |
Apabila paderi itu mendengar bahawa tamunya adalah presiden kumpulan Full Gospel di kawasan itu, dia serta-merta mengatakan, "Puji Tuhan! Saya baru sedang membaca mengenai apa yang Tuhan sedang lakukan pada waktu ini dalam gerakan Roh Kudus. Saya sedang membaca tentang Baptisan Roh Kudus dan bahasa roh, dan Tuhan bersaksi dalam roh saya bahawa inilah yang saya perlukan. Saya menyedari akan kekurangan saya secara rohani. Baru sepuluh minit lepas, saya tunduk kepala dan berdoa, 'Tuhan, saya tidak kenal sesiapa di bandar ini yang mempunyai pengalaman ini. Hantarkanlah seorang untuk datang dan berdoa untuk saya.' Dan kamu pun sudah datang!"
Ahli perniagaan itu memberitahu saya, "Paderi itu pun berlutut, saya tumpang tangan ke atasnya, dan dia mulai berbahasa roh hampir serta-merta, sambil mengangkat kedua-dua tangannya menghala ke syurga."
Ini adalah manifestasi yang luar biasa berkenaan kata pengetahuan yang amat serupa dengan apa yang terjadi dalam Kisah Para Rasul - hal ini sedang terjadi sebab Roh Kudus masih sedang menyatakan diri-Nya di kalangan mereka yang percaya. Kita perlukan manifestasi luar biasa hari ini seperti mana orang-orang Kristian Awal memerlukannya!
(Dipetik dan diterjemahkan daripada buku, "Concerning Spiritual Gifts" yang ditulis oleh Kenneth E. Hagin, Edisi Kedua, Cetakan Kedua 1986, fasal 15 & 17)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan