Khamis, 28 Mei 2020

4 Jenis Bahasa Roh Dalam Alkitab (Bahagian 4)


(Sambungan dari Bahagian 3)

Oleh John Bevere:

Yang keempat adalah bahasa roh untuk doa syafaat. Yang keempat ini juga untuk kegunaan peribadi.

4. Bahasa Roh Untuk Doa Syafaat

"Demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan kita; sebab kita tidak tahu, bagaimana sebenarnya harus berdoa; tetapi Roh sendiri berdoa untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan. Dan Allah yang menyelidiki hati nurani, mengetahui maksud Roh itu, yaitu bahawa Ia, sesuai dengan kehendak Allah, berdoa untuk orang-orang kudus."(Roma 8:26-27)

Sekarang Paulus mengatakan mengenai bahasa roh untuk doa syafaat.

Saya tidak dapat lupakan ketika itu sewaktu saya dalam persekutuan pelajar kolej, saya sedang menjalankan pengajian Alkitab untuk pelajar-pelajar kolej. Pada malam sebelumnya, saya telah berkhutbah mengenai Roh Kudus. Ada seorang gadis dalam pengajian Alkitab kami (ada lebih kurang 60 anak muda yang mengikuti pengajian Alkitab itu). Dan gadis ini telah dibesarkan dalam satu denominasi yang telah mengajarnya bahawa bahasa roh sudah berlalu ketika Alkitab siap. 

Jadi dia datang dan dia mula mendengarkan saya mengajar Alkitab. Dia berkata, "Oh, rupanya semuanya ada di situ." Dia dipenuhi dengan Roh Kudus pada malam itu. 

Pada keesokan paginya (asrama perempuannya berseberangan jalan dari asrama kami), dia membangunkan saya melalui intercom pada pukul lebih kurang 6.30 pagi. Saya pelajar kolej. Saya biasanya bangun lewat. Jadi saya kenakan pakaian, saya gosok-gosok mata, saya pun jalan ke luar. 

Dan di situ dia, begitu teruja sekali. Wajahnya berseri-seri. Saya bertanya, "Apa sedang terjadi?" 

Dia berkata, "Wah, hairan sekali, Tuhan bangunkan saya pada 5 pagi. Saya rasa dorongan kuat untuk berdoa dalam bahasa roh." Dan dia mulai berdoa. "Saya rasa seperti sedang berdoa syafaat. Saya minta Tuhan untuk tunjukkan kepada saya, 'Apakah yang saya sedang lakukan ini?'"

Dan Tuhan berkata kepadanya, "Kamu sedang berdoa dan berdoa syafaat untuk nyawa seorang lelaki yang lebih tua. Nyawanya dalam bahaya." Jadi dia berkata dia teruskan berdoa dalam bahasa roh. 

"Pada 6 pagi," katanya, "Rakan sebilik saya mendapat panggilan kecemasan. Datuknya mengalami serangan jantung. Mereka dengan cepat membawanya ke hospital. Mereka dapat selamatkan nyawanya. Dia diberi kesempatan hidup lagi."

Gadis itu berkata bahawa Roh Kudus berkata kepadanya, 'Kamu tadinya telah berdoa untuknya."

Itulah bahasa roh untuk doa syafaat. 


Biarlah saya memberitahu anda sesuatu. Saya tidak tahu keadaan ibu saya ketika ini. Dia ada di Florida. Saya tidak tahu keadaan adik perempuan saya di California. Saya tidak tahu keadaan adik perempuan saya di Michigan. Saya tidak tahu keadaan sahabat saya di North Carolina. Tetapi tahukah anda, Roh Kudus tahu? Jadi, saya boleh melakukan doa syafaat dengan menyerahkan diri saya kepada-Nya. 

Penutup

Dengan itu, berapa ramaikah orang yang terlepas kesempatan hari ini kerana mempercayai pengetahuan manusia yang terbatas yang mengajar bahawa bahasa roh sudah berlalu. Dengarlah seruan dari hati Tuhan, 1 Korintus 14:5, "Aku suka, supaya kamu semua berkata-kata dengan bahasa roh."

Ada sebilangan orang yang mengatakan itu adalah Paulus yang menuliskannya. Tidak, tiada ayat yang harus digunakan untuk tafsiran peribadi. Dan semua Firman diberikan dengan inspirasi Tuhan. Itu adalah hati Tuhan yang berseru, "Aku suka, supaya kamu semua berkata-kata dengan bahasa roh."

Paulus telah mengatakan dalam 1 Korintus 12:1, dan ini sebenarnya Roh Kudus yang mengatakannya, "Aku mahu supaya kamu mengetahui kebenarannya mengenai karunia-karunia Roh (bahasa roh dan karunia-karunia rohani yang lain)."

Tetapi pada penghujung 1 Korintus 14, dia telah membuat suatu kenyataan yang mengkagumkan, "Jika seseorang tidak mengendahkannya, janganlah kamu mengendahkan dia." Dalam erti kata lain, jika anda tidak ingin memahami ini, anda boleh terus tidak mengendahkannya. Anda akan terlepas dari satu kebolehan yang begitu bagus untuk berkomunikasi dengan Tuhan.

Itulah sebabnya Paulus mengatakan dalam 1 Korintus 14:38-40, "Janganlah melarang orang-orang yang berkata-kata dengan bahasa roh."


<    1     2     3     4     >


Tiada ulasan:

Catat Ulasan